Sedang kita memandu tiba-tiba penunjuk suhu enjin naik dan bonet kereta berasap. Tentu kita panik bukan?
Bagaimana ini boleh berlaku dan apakah punca engine overheat?
- Anda memandu waktu tengahari dan anda tersangkut dengan kesesakan lalulintas, tiba-tiba temperature engine naik? tetapi semasa bergerak pulak, penunjuk suhu turun semula kepada tahap normal.
Punca : Radiator Fan tak berfungsi, mungkin kerana motor rosak atau fuse rosak
- Anda baru memandu waktu pagi ke tempat kerja. Tiba-tiba tak sampai 10 minit penunjuk suhu enjin naik. Anda periksa tiada hose yang bocor atau radiator pecah.
Punca : Thermostat atau Water Pump rosak
- Anda sedang memandu, tiba-tiba enjin berasap macam sauna, berasap
Punca : Kebocoran pada hose atau Tank Radiator retak.
- Anda memandu tempoh yang lama, awalnya tiada masaalah. Tiba-tiba enjin panas. Bila anda periksa tak ada hose bocor atau radiator tank retak. Tapi air dalam kering.
Punca : Tak top-up air kedalam radiator terlalu lama atau ada kebocoran kecil (bila buka radiator cap, nampak buih-buih kecil, itu tanda ada kebocoran gasket)
- Anda memandu dalam tempoh lama, tiba-tiba penunjuk suhu enjin naik. Anda periksa tak ada kebocoran hose, paras air dalam radiator pada tahap normal. Radiator fan berfungsi dengan baik. Jadi apa masaalahnya?
Punca : Sensor Problem