Perkara ini pasti pernah berlaku kepada kita. Terutama di lebuhraya. Tiba-tiba semua banyak kenderaan slow, laju antara 10-20 km/j jer. Selepas tu tidak lama kemudian jalan menjadi lancar seperti biasa. Tengok kiri kanan tak ada pulak kereta rosak atau ada kemalangan berlaku.
Errrmm…..pelik kan?
Kebiasaan kat Malaysia ini bila berlaku kemalangan, bukan laluan kemalangan sahaja yang jem, tetapi laluan yang bertentangan pun sama jem. Ni kerana sikap rakyat Malaysia yang ‘prihatin’ dengan apa yang berlaku di jalan raya.
Ada satu jenis kejadian tiba-tiba jem ni. Kejadian ni biasa berlaku pada waktu puncak. Biasa berlaku di kawasan jalanraya yang mempunyai lorong melebihi 2 dan keatas. Jem yang agak panjang dan pergerakkan kenderaan slow, kadang terhenti seketika. Jika berlaku dikawasan yang biasa berlaku kemalangan tak kisah lah, ni berlaku dikawasan amat jarang berlaku kemalangan. Stress oooo…..
Yang lagi membuat kita tertanya-tanya, bila menghadapi keadaan jem ni, tiba-tiba trafic menjadi lebih lancar. Tengok kiri dan kanan tak ada apa-apa yang berlaku. Masa tu la tertanya-taya “ngapa tiba-tiba jem ni ?”. Nak kata ada jalan susur masuk jem, tak ada pulak. Nak kata ada kemalangan, tak nampak ada kenderaan, tak de jugak. Errrmmm…pelik betul.
So, video di bawah ini harap dapat merungkai segala persoalan difikiran kita dan apa yang berlaku sebenarnya.
Selamat menonton dan selamat memandu.
Sila SHARE untuk manfaat semua.
https://www.peroduaselangor.com/wp-content/uploads/2017/04/spread-the-jam.mp4