Perodua Axia Facelift 2019 telah dilancarkan pada 20/09/2019 dengan memberi sentuhan lebih segar dari segi luaran dan dalaman.
Axia terbaru ini masih mengekalkan enjin 1.0 liter SOHC VVT-I dengan 67hp pd 6000rpm dan 9Nm tork pada 4,400rpm.
Kali terakhir Perodua Axia diberi suntikan facelift pada Januari 2017.
Bagi model Perodua Axia Facelift 2019 ini dilengkapi dengan sistem kestabilan kenderaan (VSC) untuk varian Axia GXtra dan ke atas.
Axia Advance ditambah dengan ciri keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 iaitu sistem keselamatan yang sama dengan Perodua Aruz.
Ini menunjukkan Perodua Axia bukan sahaja mampu milik dari segi harga tetapi mempunyai ciri keselamatan yang hebat.
Satu lagi varian baharu ditambah bagi Perodua Axia kali ini iaitu Axia Style