Perodua Axia Facelift 2019 telah dilancarkan pada 20/09/2019 dengan memberi sentuhan lebih segar dari segi luaran dan dalaman.
Perodua Axia terbaru ini masih mengekalkan enjin 1.0 liter SOHC VVT-I dengan 67hp pd 6000rpm dan 9Nm tork pada 4,400rpm.
Kali terakhir Perodua Axia diberi suntikan facelift pada Januari 2017.
Bagi model baru kali ini dilengkapi dengan sistem kestabilan kenderaan (VSC) untuk varian Axia GXtra dan ke atas.
Perodua Axia Advance ditambah dengan ciri keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0
Satu lagi varian baharu ditambah bagi kali ini iaitu Axia Style
Model ini sesuai untuk pemanduan jarak dekat dan jauh.