tips penjagaan bateri kereta

Tips Penjagaan Bateri Kereta

bateri tahan lama

Tips penjagaan bateri kereta

Amat penting untuk memastikan jangka hayat bateri kereta panjang dan ia juga dapat memastikan perjalanan yang selamat. Bateri kereta terbahagi kepada dua:-

1) Bateri Kering
2) Bateri Basah

Tempoh biasa jangka hayat untuk bateri basah boleh mencecah 3-4 tahun manakala bateri kering pula 2 tahun. Dengan penjagaan yang elok, jangka hayat bateri boleh dipanjangkan dan kos yang tinggi untuk menukar bateri baru juga dapat dielakkan.

Bagaimana cara untuk menjaga bateri kereta supaya tahan lama?

1- Bagi bateri basah, pastikan tahap sukatan air bateri (asid sulfurik) sentiasa diperiksa supaya tidak kering.
Tidak bagi bateri kering kerana ianya “Free Maintenance”. Apa yang perlu dilihat pada bateri kering ialah penunjuk cas bateri, “jika ianya hijau – OK : Jika ianya hitam – KO” ini bermakna bateri anda perlu ditukar dengan segera.

2- Pastikan wajar penyambungan pada bateri dicabut jika anda ingin meninggalkan kereta untuk jangka masa yang lama bagi mengelakkan penyambungan cas berlaku.

3- Elakkan tombol terminal positif/negatif berkarat atau ada serbuk putih. Cara untuk mengelakkan dengan menyapukan gris atau bersihkan dengan natrium karbonat (baking powder) kemudian bilas dengan air panas. Cara paling mudah adalah spray dengan silikon anti-karat.

gambar-bateri-1

Contoh Bateri Basah

gambar-bateri-2

Contoh Bateri kering