Perodua SUV 2019 – Perodua Aruz

perodua-suv-2019

Perodua SUV 2019 – Perodua Aruz telah dilancarkan pada 15/01/2019. Perodua SUV baru ini mempunyai 7 tempat duduk. Mempunya 2 varian iaitu 1.5 AV dan 1.5 X dan menerima penarafan 5 bintang daripada ASEAN NCAP

1. ENJIN 1.5L VVT-i
Perodua SUV 2019 - Perodua Aruz
perodua suv enjin

Perodua Aruz 2019 ini disuntikan dengan enjin 4-silinder 1.5 liter dengan blok enjin aluminium Dual VVT-i dan dipacu dengan kotak gear automatik kawalan elektronik E-AT yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 103hp.

Mendapat pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan sistem Eco Idle yang membolehkan Perodua Aruz jimat penggunaan petrol sehingga 15.6km per liter.

2. PILIHAN WARNA
perodua aruz warna

Didatang dengan 5 pilihan warna:-

  • Ivory white
  • Glittering Silver
  • Electric Blue
  • Granite Grey
  • Amazon Green
3. PERBANDINGAN 2 VARIAN
perodua aruz baru 2019 (15)

Perodua Aruz 1.5 AV

Antara ciri-ciri yang ada pada Aruz 1.5 AV (tambahan):-

  • Lampu utama jenis LED dengan fungsi “Follow Me Home” serta dilengkapi “Automatic On/Off”.
  • Lampu Kabus
  • Stereng balutan kulit dengan butang kawalan audio dan ‘Bluetooth’ untuk telefon bimbit.
  • Tempat duduk balutan kulit.
  • Perakam video digital
perodua aruz baru 2019 (

Perodua Aruz 1.5 X

Antara ciri-ciri yang ada pada Aruz 1.5 X:-

  • Lampu utama jenis LED dengan fungsi “Follow Me Home”.
  • Stereng material “Urethane” dengan butang kawalan audio.
  • Tempat duduk fabrik
  • Pengimbas tol binaan dalam.
  • Rim aloi 17 inci dwi tona
  • Corong pendingin hawa belakang.
  • 6 Speakers Audio, 2 Tweeter
4. SISTEM KESELAMATAN
Perodua SUV 2019 - Perodua Aruz
perodua aruz baru 2019 (14)

Perodua SUV 2019 ini tidak melupakan aspek keselamatan. Diantara seperti 

  • Advance Safety Assist V2.0 (ASA). Antara ciri ASA 2.0 ialah pengesanan penjalan kaki hingga 50km/j dan kelajuan pengesan ditingkatkan hingga 100km/j untuk Amaran Pra-Pelanggaran dan 80km/j untuk sistem Brek Pra-Pelangaran. Sistem ini turut digabung dengan Amran Gerak Kenderaan Depan (Front Departure Alert) dan Kawalan Kesilapan Menekan (Pedal Misoperation Control)
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan (Vehicle Stability Control
  • Bantuan Mula-Daki (Hill Start Assist) – Sistem ini direka untuk mengelakkan kereta terundur ke belakang ketika pemandu mahu mengalihkan kaki dari pedal brek ke pedal minyak dalam posisi berhenti atas permukaan jalan yg cerun menaik.
  • ISOFIX – merupakan standard antarabangsa untuk pemasangan ‘baby seat’ dengan cara ‘plug & play’. Dengan kata lain bukan sahaja sangat mudah dipasang dan dibuka tetapi lebih selamat berbanding pemasangan ‘baby seat’ cara yang lain.

Ingin membuat tempahan atau ada pertanyaaan? sila KLIK butang di bawah