Perodua Myvi Baru generasi ketiga telah diperkenalkan dan dirasmikan pada 16/11/2017.

Model generasi ketiga ini merupakan 100% rekaan dari jurutera Perodua sendiri dan bukan dari chasis mana-mana model dari Toyota atau Daihatsu.

Jika model myvi generasi terdahulu dalam kategori ‘compact car’, kini bagi myvi generasi ketiga merupakan kereta dari kategori ‘hacthback’.

Myvi baru generasi ketiga ini 210 mm lebih panjang, 70 mm lebih lebar dan 55 mm lebih rendah berbanding myvi generasi terdahulu. Jarak antara roda pula bertambah sebanyak 40 mm.

Ini menjadikan Perodua myvi baru generasi ketiga ini lebih nampak ‘sporty’ dan ‘elegance’.

Perodua Myvi Baru kini termasuk didalam kategori hacthback berbanding model myvi terdahulu didalam kategori kompak.

Ruang dalaman Perodua Myvi Baru ini lebih selesa dan standard premium.

Rekabentuk ‘dashboard’ yang lebih moden dan bergaya.

Penggunaan cermin hadapan akustik (Acoutic Windshield) menjadikan ruang kabin lebih senyap.

Semua model Perodua Myvi Baru ini diberi ciri standard iaitu sistem kunci pintar dengan butang penghidup enjin.

Sistem penghawa dingin digital dengan 2 mode memori.

Tempat duduk belakang boleh-lipat 60:40 memberi ruang yang lebih besar untuk mengisi barang.

Ruang bonet 277 liter yang lebih 69 liter lebih luas daripada myvi lama.

Konfigurasi tempat duduk 8+1 lebih memudahkan menjalankan urusan harian.

Kesemua varian dilengkapi dengan sistem brek ABS dan EBD serta dilenkapi sistem Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC).

4 beg udara untuk model 1.3L dan 6 beg udara untuk model 1.5L. 

Yang penting kesemua varian mendapat 5 bintang NCAP untuk ujian pelanggaran keselamatan.

Satu lagi sistem kelengkapan keselamatan yang hanya ada pada varian 1.5 Advance iaitu Advance Safety Assist (ASA).

Sistem ASA terdiri 4 sistem berbeza iaitu Pre-Collision Warning (PCW), Pre-Collision Braking (PCB),
Front Departure Alert (FDA) dan Pedal Misoperation Control (PMC).

UNTUK TEMPAHAN Perodua Myvi Baru 2019 SILA KLIK BUTANG DIBAWAH