Perodua Axia Facelift 2019

Perodua Axia Facelift 2019 telah dilancarkan pada 20/09/2019 dengan memberi sentuhan lebih segar dari segi luaran dan dalaman.

Axia terbaru ini masih mengekalkan enjin 1.0 liter SOHC VVT-I dengan 67hp pd 6000rpm dan 9Nm tork pada 4,400rpm.

Kali terakhir Perodua Axia diberi suntikan facelift pada Januari 2017.

Bagi model Perodua Axia Facelift 2019 ini dilengkapi dengan sistem kestabilan kenderaan (VSC) untuk varian Axia GXtra dan ke atas.

Axia Advance ditambah dengan ciri keselamatan Advanced Safety Assist (ASA) 2.0 iaitu sistem keselamatan yang sama dengan Perodua Aruz.

Ini menunjukkan Perodua Axia bukan sahaja mampu milik dari segi harga tetapi mempunyai ciri keselamatan yang hebat.

Satu lagi varian baharu ditambah bagi Perodua Axia kali ini iaitu Axia Style

AXIA 1.0 E Manual

Axia-Front-Right-E
  • Tranmisi manual 5 kelajuan
  • Lampu projektor utama jenis standard
  • Lampu belakang jenis LED
  • Rim keluli 14 inci
  • Tempat duduk fabrik jenis standard
  • EPS – Electric Power Steering
  • Power window
  • Dua beg udara

AXIA 1.0 G Automatik

Dashboard-G-Axia-2019
Axia-Front-Right-G

Tambahan:

  • Sistem audio dengan USB
  • Pembesar suara 2 unit di depan
  • Cermin sisi kawalan butang tanpa butang lipat cermin
  • Rim aloi 14 inci
  • Brek dengan sistem ABS dan EBD

AXIA 1.0 GXtra Automatik

Dashboard-GXtra-Axia-2019
Axia-Front-Right-GXtra

Tambahan:

  • Tempat duduk pemandu boleh laras ketinggian
  • Cermin sisi disertai butang lipat cermin
  • 4 unit pembesar suara iaitu 2 di depan dan 2 unit dibelakang
  • Pengesan undur
  • Kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC)

AXIA 1.0 Style Automatik

Dashboard-STYLE-Axia-2019
Axia-Front-Right-Style

Tambahan:

  • Style bodykit
  • Rel bumbung
  • Lampu kabus
  • 15 inci aloi rim
  • Tempat duduk fabrik jenis Style
  • Sistem tanpa kunci dan ‘push start’

AXIA 1.0 SE Automatik

Dashboard-SE-Axia-2019
Axia-Front-Right-SE

Tambahan:

  • Sistem audio dengan USB dan Bluetooth
  • Tempat duduk jenis fabrik semi-bucket
  • Front & rear skirtings (red lining)
  • Side skirting (two tone color)
  • Cermin sisi boleh lipat beserta dengan lampu signal
  • Semua cermin di pasang filem penapis haba

AXIA 1.0 AV Automatik

Axia-Front-Right-AV-red

Tambahan:

  • Sistem audio multimedia dengan GPS, Smartlink, Kamera Undur, USB, Bluetooth dan HDMI
  • Sistem keselamatan Advanced System Asist (ASA) 2.0

Bermula dari harga RM24,090.00 hingga RM43,190.00 (tanpa insuran dan cukai jalan) dengan disertakan ciri-ciri keselamatan yang hebat Axia facelift 2019 ini akan menjadi rebutan ramai seperti Axia facelift 2017.

Anda berminat? Sila klik link bawah SEKARANG